Friday, 28 February 2014
Assalamualaikum dan selamat petang..salah satu makanan orang bugis di Sabah terutamanya bahagian Tawau adalah ayam masak likku @ lengkuas..Ayam Masak Lengkuas atau dikenali juga sebagai Ayam Masak Likku adalah masakan unik yang tidak dapat dipisahkan dengan suku kaum Bugis terutamanya di Tawau. Kenapa? Sebab ianya adalah masakan turun temurun yang akan dihidangkan di kebanyakan rumah Bugis yang anda kunjungi di hari raya. Kenapa namanya ayam masak lengkuas, sebab bahan utama masakan ini adalah lengkuas atau dalam bahasa Bugis, lengkuas itu dipanggil likku. Sebenarnya masakan ini boleh disediakan pada bila-bila masa, namun bagi anak Tawau seperti aku, hari raya tidak akan lengkap tanpa ayam masak lengkuas atau likku ini. Ini adalah kerana makanan tradisi Bugis yang lain seperti Buras Bugis dan Tumbu Bugis amat sedap dimakan dengan ayam masak likku.
Monday, 24 February 2014
Sunday, 23 February 2014
Suku kaum bugis mempunyai kepelbagaian jenis makanan
tradisional mereka. Antara jenis-jenis makanan tradisional kaum bugis ialah :-
Barongko
- barongko adalah makanan tertutup khas suku kaum bugis yang
dibuat dari pisang Kepok Matang yang dikukus dgn daun pisang. Barongko
merupakan makana penutup yang mewah dan hanya disajikan untuk raja-raja seperti
acara perkahwinan dan lain-lain. Untuk menambah citarasa dan selera, bahan
untuk mnyiapkan biasanya ditambah dengan irisan buah Nangka atau kelapa muda.
Dibawah adalah gambar berongko.
Es pisang ijo
- terbuat dari pisang raja dan dibungkus dengan tepung
terigu yang sudah diberi santan dan air daun pandan sebagai pewarna dang
pengharum sehingga bewarna hijau, disajikan dengan kuah yang diberi ais serut
dan sirap.
Buras
- buras ialah sejenis makanan suku kaum tradisional berupa
nasi kukus yang bersantan yang dibungkus dengan daun pisang. Burass juga
dikenali sebagai burasak tapi burasak bukanlah tumbuk. Buras ini kebiasaannya
dihidangkan pada Hari Puasa dan Hari Raya Haji kerana makanan ini menjadi
makanan utama di musim perayaan bagi kaum bugis. Buras ini disajikan dengan
ayam masak likku, bejabuk dan ayam masak merah.
Putu
- Putu, kuih/makanan tau Ogie' ini diperbuat dari tepung
beras yang dikukus dalam acuan khusus (dicampur parutan kelapa), rasanya enak
bila dihidangkan panas-panas dengan sambal pedas.
Katirisala
- Katirisala ialah
kuih tradisonal ini bahan utamanya beras ketan hitam, gula merah dan telur yang
memilki rasa enak, manis dan khas. Dalam pembuatannya kuih ini biasanya
memiliki cetakan khusus berbentuk bundar. Kuih yang satu ini terdiri dari dua
lapisan dimana lapisan bawahnya terbuat dari beras ketan dan lapisan atasnya
terbuat dari campuran gula merah dan telur. Katirisala menjadi salah satu
jamuan tetamu di sesuatu majlis perkahwinan ataupun kenduri.
Sanggara pappek
- Sanggara pappek ialah makanan suku kaum bugis yang sangat
mudah cara penyediaannya. Sanggara ini dibuat dengan menggunakan pisang separuh
tua. Selepas itu dikupas kulit pisang dan pisang tadi digoreng setengah masak.
Setelah itu, dipenyekkan sehingga menjadi leper dan seterusnya digoreng semula
sehingga garing. Selesai digoreng, saggara pappek tadi bolehlah dihidangkan
dengan sambal.
Subscribe to:
Posts (Atom)