Sunday 23 February 2014

Suku kaum bugis mempunyai kepelbagaian jenis makanan tradisional mereka. Antara jenis-jenis makanan tradisional kaum bugis ialah :-



Barongko
- barongko adalah makanan tertutup khas suku kaum bugis yang dibuat dari pisang Kepok Matang yang dikukus dgn daun pisang. Barongko merupakan makana penutup yang mewah dan hanya disajikan untuk raja-raja seperti acara perkahwinan dan lain-lain. Untuk menambah citarasa dan selera, bahan untuk mnyiapkan biasanya ditambah dengan irisan buah Nangka atau kelapa muda. Dibawah adalah gambar berongko.



Es pisang ijo
- terbuat dari pisang raja dan dibungkus dengan tepung terigu yang sudah diberi santan dan air daun pandan sebagai pewarna dang pengharum sehingga bewarna hijau, disajikan dengan kuah yang diberi ais serut dan sirap.



Buras
- buras ialah sejenis makanan suku kaum tradisional berupa nasi kukus yang bersantan yang dibungkus dengan daun pisang. Burass juga dikenali sebagai burasak tapi burasak bukanlah tumbuk. Buras ini kebiasaannya dihidangkan pada Hari Puasa dan Hari Raya Haji kerana makanan ini menjadi makanan utama di musim perayaan bagi kaum bugis. Buras ini disajikan dengan ayam masak likku, bejabuk dan ayam masak merah.



Putu
- Putu, kuih/makanan tau Ogie' ini diperbuat dari tepung beras yang dikukus dalam acuan khusus (dicampur parutan kelapa), rasanya enak bila dihidangkan panas-panas dengan sambal pedas.



Katirisala

-  Katirisala ialah kuih tradisonal ini bahan utamanya beras ketan hitam, gula merah dan telur yang memilki rasa enak, manis dan khas. Dalam pembuatannya kuih ini biasanya memiliki cetakan khusus berbentuk bundar. Kuih yang satu ini terdiri dari dua lapisan dimana lapisan bawahnya terbuat dari beras ketan dan lapisan atasnya terbuat dari campuran gula merah dan telur. Katirisala menjadi salah satu jamuan tetamu di sesuatu majlis perkahwinan ataupun kenduri.



Sanggara pappek

- Sanggara pappek ialah makanan suku kaum bugis yang sangat mudah cara penyediaannya. Sanggara ini dibuat dengan menggunakan pisang separuh tua. Selepas itu dikupas kulit pisang dan pisang tadi digoreng setengah masak. Setelah itu, dipenyekkan sehingga menjadi leper dan seterusnya digoreng semula sehingga garing. Selesai digoreng, saggara pappek tadi bolehlah dihidangkan dengan sambal.