Friday, 28 February 2014

Assalamualaikum dan selamat petang..salah satu makanan orang bugis di Sabah terutamanya bahagian Tawau adalah ayam masak likku @ lengkuas..Ayam Masak Lengkuas atau dikenali juga sebagai Ayam Masak Likku adalah masakan unik yang tidak dapat dipisahkan dengan suku kaum Bugis terutamanya di Tawau. Kenapa? Sebab ianya adalah masakan turun temurun yang akan dihidangkan di kebanyakan rumah Bugis yang anda kunjungi di hari raya. Kenapa namanya ayam masak lengkuas, sebab bahan utama masakan ini adalah lengkuas atau dalam bahasa Bugis, lengkuas itu dipanggil likku. Sebenarnya masakan ini boleh disediakan pada bila-bila masa, namun bagi anak Tawau seperti aku, hari raya tidak akan lengkap tanpa ayam masak lengkuas atau likku ini. Ini adalah kerana makanan tradisi Bugis yang lain seperti Buras Bugis dan Tumbu Bugis amat sedap dimakan dengan ayam masak likku.


No comments:

Post a Comment